Quantcast
Channel: Budak Flat 92
Viewing all articles
Browse latest Browse all 969

Langkah pertama berhenti merokok, semuanya bermula dengan gigi ...

$
0
0

Assalamualaikum!


Bila terkenangkan hari abah dimasukkan ke hospital 3 tahun lalu akibat sesak nafas, aku takut! Aku takut benda yang sama berlaku pada suami. Sebab itu, kami ... aku dan anak-anak tak berhenti mendoakan dan menyedarkan dia tentang bahaya rokok!

Satu rahmat besar bagi kami sekeluarga bila cik abe membuat keputusan ini. Walaupun aku tak jangka ia secepat ini. Maklumla, kita bukan boleh paksa orang suruh berhenti merokok kalau diri sendiri yang tak mulakan dulu. Tapi alhamdulillah, Allah bukakan hatinya untuk berhenti setelah bergelumang dengan rokok selama 20 tahun. 




Aku tahu, ia bukan satu keputusan yang mudah dan bukan boleh dilakukan sehari dua. Tapi insyaAllah, langkah pertama inilah yang kami sekeluarga nantikan selama ini. Dan semuanya bermula dengan gigi! Terima kasih pada doktor gigi yang merawat Pak Jelan hari tu. Dialah yang menuliskan surat rekomendasi untuk Pak jelan dapatkan rawatan berhenti merokok di klinik rokok.

Kehadiran yang pada awalnya untuk mendapatkan rawatan gigi, akhirnya membukakan langkah pertamanya mengambil inisiatif untuk berhenti merokok.





Selepas perjumpaan dengan doktor minggu lepas, Pak Jelan dibekalkan dengan 2 jenis ubat untuk menggantikan nikotin dalam rokok. Satu jenis untuk kunyah dan satu jenis lagi untuk ditampal pada badan. Walaupun kedua-duanya mengandungi nikotin tapi dosnya rendah dibandingkan dengan sebatang rokok yang dihisap!

Pasti .. ia bukan satu laluan mudah buat dia. Tapi, kami sekeluarga akan sentiasa berada di belakang dia untuk mengharungi semua ini. Mohon juga doa dari korang yang membaca ini agar dipermudahkan usaha suamiku untuk bebas dari rokok. 

First step, that's all what it takes ....




Viewing all articles
Browse latest Browse all 969

Trending Articles