Quantcast
Channel: Budak Flat 92
Viewing all 969 articles
Browse latest View live

Sukan Tahunan Sekolah

$
0
0

Assalamualaikum!


Dua program sekolah ni pasti akan dapat sambutan luar biasa dari ibubapa setiap tahun. Pertama, Hari Anugerah Cemerlang. Kedua, Sukan Tahunan Sekolah. Tapi ada satu program yang bilamana cikgu jemput ibubapa datang, mesti sambutannya sangat mendukacitakan ..... iaitu mesyuarat PIBG! 😁

Anyway, sukan sekolah diaorang jatuh pada hari Ahad yang lepas. Memang eksaited terutama Mira yang tak sabar nak lari dalam acara 100m. Acara lain pun dia ada masuk juga seperti lompat tinggi. Ibu macam tak percaya je anak ibu ni boleh melompat tinggi haha. 







Kakak? dia tak masuk mana-mana acara pun tahun ni kecuali ...perbarisan! Bila kita tanya dia apa tema perbarisan rumah sukan tahun ni, dia cakap surprise lah! Amboiii ... nak bersurprise pulak ngan ibu ye. Rupa-rupanya hari tu dia kena pakai baju kebaya sambil pegang sepanduk! 

Muat pulak tu dia pakai baju kebaya cikgu dia hehe. 





Tun Teja


Aku tak pasti la tema rumah Mahsuri dan rumah Tun Fatimah tahun ni, tapi tema rumah Tun Teja sangat menarik perhatian bukan aku je, malah semua hadirin yang datang hari tu. Lain macam seram dia punye tema ... dengan makeup nya dah rupa macam anak-anak hantu semuanya hahaha!







Tahun ni masuk tahun ketiga Mira masuk acara larian dan kali ni dia masuk 100m. Walaupun dapat tempat keempat tapi ibu so proud of you sayang! Semangat tu yang kita nak, sentiasa konsisten dalam acara apa sekali pun.

Tapi Mira tak pulang dengan tangan kosong, dia dapat tempat ketiga dalam lompat tinggi. Boleh tahan anak ibu ni ye hehe. 




As for kakak, ibu so proud of you too my sayang! Walaupun kakak tak masuk apa-apa acara tapi kakak tetap bersemangat bersorak untuk rumah sukan kakak. 

Muka berbelang masing-masing tapi sure we had fun! Ibu pun seronok jadi petugas sukan hari tu walaupun hanya jaga garisan penamat hahaha!


Kelas Kek Coklat Cheese Lava

$
0
0

Assalamualaikum!


Memang lama dah teringin nak masuk kelas memasak atau membaking ni. Dari tahun lepas lagi, cuma rezeki tu datang tahun ni. Alhamdulillah, aku berkesempatan mengikuti kelas pertama membuat kek coklat cheese lava atau omputih kata Chocolate Cheese Lava Cake.

Dalam fikiran aku dah tentulah terbayang chocolate cheese lava cake yang biasa kami order kat Dominos tu hahaha, tapi rupanya yang ni lain. Sedap dan keknya lembut!






Hari tu bukan saja kami dapat belajar cara nak buat kek coklat cheese lava tapi kami berpeluang membuat kek pisang. Kemudian dah tengok cikgu buat, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan mula menjalankan operasi mengadun bahan-bahan untuk buat 2 jenis kek.



Kerja dalam kumpulan tak susah kalau ada kerjasama dari kengkawan. Kalau dapat partner mulut potpet potpet maka, lambatla siap kerja ko. Tapi kalau dapat yang senyap dan tangkas buat kerja, maka cantiklah hasilnya.


kek pisang

kek coklat dah siap!


Kek coklatnya dah siap, cikgu ajar pula cara nak buat dia punya coklat lava dan cheese lava.




posing dengan kek pisang



Yeaaaa dah siap! Nampak melimpah-ruah lava dia kan haha. Ada yang letak dua perisa sekali, coklat dan cheese. Lantakla taste tekak masing-masing ye dak. Sorang dapat bawa balik dua bekas kek coklat cheese lava dan sebekas kek pisang. Hasilnya mantap dan sedap!

InsyaAllah tahun ni kalau tak sempat buat biskut raya, aku bantai buat kek coklat cheese lava ni je dah la ye hehe.

Dua kali datang lambat!

$
0
0

Assalamualaikum!


Dua hari berturut-turut masuk sekolah lambat! Tapi bukan saje suka-suka nak masuk lambat, ada sebab dan musabab yang munsabah dan boleh diterima akal. Bak kata orang, kalau cikgu suruh buat surat tunjuk sebab kenapa lambat pun ibu boleh bagitau tanpa was-was sebab apa lambat.

Kita keluar awal dah, sampai di tempat kejadian sebelum pukul 7 pagi tapi bila sampai depan pintu penjara Pudu, kereta dah bergerak 'semput'. Rupanya sebab kerja-kerja penurapan jalan di jalan yang kami lalu. Tapi laluan sebelah je dia tutup, maka masih boleh lalu lagi la semalam.

Hari pertama


Pagi ni pun sama! Ingatkan dah setel penurapan jalan, rupanya pagi ni dia tutup habis jalan susur naik ke Petaling Jaya depan Stesen Hang Tuah. Langsung tak boleh lalu! Terpaksa kami semua kena ikut jalan bawah, masuk balik depan TUDM dan istana lama. 

Ibu masuk keje kul 8pagi takpela, tapi kesian kat anak-anak. Keluar awal pun tersangkut jugak akhirnya. Takpe, kalau cikgu tanya cakap yang benar aja. Bukan kita sengaja lewat kan.


Hari kedua (hari ini)


Akhirnya kami selamat sampai di sekolah lebih kurang 7.30 pagi. Lambat 5 minit le tapi bagi ibu biar lambat asalkan datang ke sekolah ye dak. 

Bulan depan dah start masuk keje kul 7.30pagi, moga-moga takdala orang turap jalan bulan Ramadan nanti. Kalau hari-hari lambat macam ni mau ibu yang kena buat surat tunjuk sebab kang hehe.

Kelas Dekorasi Kek

$
0
0

Assalamualaikum!


Saat-saat yang kuidamkan telah pun tiba! Sebelum sampai kelas ni, termenung kejap apela yang cikgu tu nak ajar kitaorang nanti yek. Dah la buat kek tak reti (aku le tu), ni nak ajar deko kek pulak. Seumur hidup pun tak pernah pegang piping bag tu lagi haha. Tapi takpela ... tu la sebabnya kita join kelas ni kan. Nak ambil pengalaman dan belajar benda baru.

Aku suka sangat dengan kek! Suka tengok kek-kek yang designnya cantik dan comel. Macam mana diaorang buat bunga, macam mana diaorang buat tulisan, macam mana jadi daun ... semua aku nak tahu! Dah tua-tua gini pun tahap curiosity tu ada lagi kan hahaha!

Dan lagi satu ... aku teringin sebenarnya. Teringin nak menghasilkan kek sendiri. Aku kagum dengan orang yang pandai buat kek ni. Kagum dari jauh je la hehe. Betapa halusnya seni tangan diaorang nak membentuk atas kek tu. Kalau aku buat, dari normal boleh dapat 'Parkinson' tetiba sebab nak lalukan piping bag buat bentuk atas kek tu bukan mudah ye! hehe. 

Dah la kita ni suka makan kek, terutama yang buttercream .. tu yang gigih nak belajar jugak!






Dah namanya pun kelas dekorasi kek, maka yang cikgu ajar hanyalah mendeko kek. Habis, kek butter tu dari mana? Haaa kek tu memang telah disediakan awal untuk yang join kelas ni. Inilah antara sebab kenapa aku suka join kelas-kelas begini, sebab dia memang ikut tema.

Alhamdulillah dapat bawa balik sorang satu kek untuk family masing-masing. Sebelum nak mendeko atas kek, cikgu ajar cara buat design atas papan plate dulu. Disebabkan hampir semuanya adalah amatur termasuklah diri ini, maka kita belajar satu persatu.


tu kalau senyum gitu tandanya menjadi la aku buat 
design tu haha!






Corak star, basket, daun senang juga nak membuatnya. Masuk corak lain kelaut jadinya! Memang dasar tangan keras tak berseni, entah apa-apa hasil yang aku buat hehe.

Yang kelakarnya, tangan dari normal boleh dapat 'Parkinson' kejap! Punya terketor-ketor tangan nak memicit piping bag tu! Tengok cikgu buat macam senang je, sekali sendiri buat ...haaa padan muka aku!😆



Hasil dekorasi dari cikgu

Dah tengok macam mana cikgu buat, barulah kami cuba buat sendiri. Setiap sorang diberikan sebiji kek. Start dari proses potong kek kepada 2 lapisan, melepa dengan buttercream, buat coating cake dan akhir sekali deko kek.

Macam-macam corak macam-macam warna kami buat hehe. Walaupun amatur, tapi hasilnya sangat cantik! Bila dikumpulkan kesemua kek-kek tadi atas satu meja, nampak ceria nampak berseri semuanya. Pemilihan warna juga amat penting bagi memastikan kek kita tidak nampak 'tenggelam' atau tidak berseri.




Kelas Dekorasi Kek 2018


Barulah kami dapat gambaran yang jelas macam mana orang mendeko kek terutama yang menggunakan buttercream. Nak pilih nozzle saiz berapa mengikut corak yang kita nak buat tu. Tapi cikgu cakap, untuk play safe inilah antara corak yang senang untuk dibuat di atas kek.

Tapi kan, aku failed buat corak bunga dengan rambut elsa hahaha! Aduhh ... last-last aku buat corak star, daun dan basket je la hehehehe.

My first cake ever!


See ...disebabkan terlalu excited dan blur yang teramat sebab tak tahu nak letak corak apa atas kek atau warna apa nak dikombinasikan maka aku ambil keputusan untuk letak aje la banyak warna atas kek tu hehehe. Kecik besar kecik besar bintang akak dik non! 

Tapi hati puas sebab aku yang buat corak ni dari awal sampai akhir. Kalau asyik minta tolong cikgu yang buatkan tu dah bukan hasil tangan sendiri namanya kan. So, inilah hasil deko sendiri dari seorang amatur seperti aku ...hehehe.

Bestnye join kelas ni. Aku berharap dapat join lagi di masa akan datang.

Peluang Miliki Rumah Mampu Milik Dengan RUMAWIP

$
0
0


Assalamualaikum! Memiliki rumah pertama sendiri adalah impian bagi setiap orang terutama warga kota yang tinggal dan bekerja di bandar. Namun, faktor kos sara hidup yang tinggi menyebabkan komitmen untuk memiliki rumah sendiri di bandar terbatas. Selain itu kos pemilikan tanah dan kos penyediaan infrastruktur turut mempengaruhi keperluan untuk memiliki rumah terutama kepada warga kota yang bergaji kecil.

Demi memastikan warga kota di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dapat mengecapi impian memiliki rumah pertama sendiri, Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mewujudkan satu program inisiatif iaitu Rumah Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) bagi merealisasikan impian ini.

Inisiatif bermula pada pembentangan Bajet 2013 oleh YAB Perdana Menteri yang menyedari tentang keperluan kerajaan menyediakan perumahan selesa dan mampu milik kerana ia merupakan keperluan asas rakyat. 

Bagi yang masih belum memahami RUMAWIP dan konsepnya, meh baca perkongsian ini.

Apa itu RUMAWIP?

RUMAWIP ialah singkatan kepada Rumah Wilayah Persekutuan. Ia merupakan rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan sederhana dan rendah yang menetap dan bekerja di Wilayah Persekutuan.

RUMAWIP hanya tertumpu kepada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sahaja.

Kelebihan RUMAWIP
  • memfokuskan kepada pemilikan rumah pertama sahaja dan mensasarkan golongan berpendapatan sederhana dan rendah
  • 3 kategori rumah mampu milik yang ditawarkan iaitu 1 bilik, 2 bilik dan 3 bilik adalah dalam bentuk rumah berstrata (pangsapuri)
  • harga jualan rumah mengikut definisi rumah mampu milik, iaitu RM300,00 dan ke bawah dengan keluasan 850 hingga 1,000 kaki persegi
  • Lokasi rumah di pusat bandar, lengkap dengan kemudahan awam, seperti sekolah, pasaraya
  • turut diperlengkapkan dengan fasilitasi asas seperti kolam renang, gimnasium, taska, taman permainan, dewan serbagunakamera litar tertutup, sistem keselamatan 24 jamdan lot letak kenderaan untuk setiap unit

Siapa yang layak memohon RUMAWIP?
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun dan keatas
  • Pendapatan kasar bulanan <RM10,000 (bagi bujang) dan <RM15,000 (suami dan isteri)
  • Dilahirkan atau menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan



Projek-projek RUMAWIP Dibuka Untuk Permhononan

Demi memenuhi keperluan dan permintaan warga kota yang ingin memiliki rumah mampu milik, RUMAWIP kini membuka permohonan bagi projek-projek perumahan yang dijalankan. 


KONDO KIARA KASIH

Cadangan pembangunan 1 blok rumah mampu milik 40 tingkat (719 unit) yang mengandungi 8 tingkat podium tempat letak kereta, 1 tingkat kemudahan di tingkat 8 serta 1 tingkat tempat letak kereta bawah rendah di atas sebahagian Lot 57500, Mukim Batu, Jalan Sungai Teba, Segambut, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Keluasan : 850 kaki persegi
Bilangan Bilik : 3

Maklumat Lanjut >> SINI


LILY APARTMENT

Pembangunan 2 Blok Pangsapuri 37 Tingkat (556 Unit) Rumah Mampu Milik (RMM) dan Pusat Penjaja (31 Unit) Yang Mengandungi : 1) Blok a-28 Tingkat (250 Unit) 2) Blok B-28 Tingkat (306 Unit), Diatas 8 Tingkat Podium Tempat Letak Kereta Dan Beserta Kemudahan seperti Surau, Gymnasium, Dewan Serbaguna, Ruang Kedai, Taman Permainan Kanak-Kanak & Taman Mini Rekreasi.
Keluasan : 820 kaki persegi
Bilangan Bilik : 3

Maklumat lanjut >> SINI


RESIDENSI KEPONGMAS 2


Cadangan pembangunan 1 blok Rumah Mampu Milik 25 tingkat (324 unit), podium tempat letak kereta 6 tingkat beserta kemudahan penduduk di atas Lot 80454, Jalan Ambong 2, Taman Metro Prima, Mukim Batu, Kuala Lumpur.
Keluasan : 800 kaki persegi
Bilangan Bilik : 3 

Maklumat lanjut >> SINI


Vista OUG @ Residensi Platinum OUG

Cadangan pembangunan 1 blok pangsapuri 220 unit kediaman di atas Lot PT15250, Kampung Muhibbah, Bukit OUG, Mukim Petaling, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Keluasan : 850 kaki persegi
Bilangan Bilik : 3

Maklumat lanjut >> SINI

Semestinya bagi aku, inisiatif yang ditunjukkan oleh KWP dan DBKL ini sangat bagus dan sewajarnya diteruskan pada masa akan datang, kerana ia memberi peluang kepada warga kota yang tinggal dan bekerja di bandar untuk memiliki rumah idaman mampu milik.

Sekurang-kurangnya kurang sikit beban warga kota untuk memikirkan tentang komitmen membeli rumah terutama pada masa sekarang. So, tak salah kita ambil peluang ini kan! 

Kalau korang nak tahu maklumat lanjut tentang projekprojek RUMAWIP yang lain dan cara-cara memohon, korang boleh layari terus https://rumawip.kwp.gov.my/ 

Kelas Aneka Cheese Cake

$
0
0

Assalamualaikum! Tiga kelas yang aku ambil untuk tahun ni di bawah Puspanita Kebangsaan semuanya tentang kek! Memula kelas Chocolate Cheese Lava Cake, pastu kelas Dekorasi Kek, minggu lepas aku gi kelas Aneka Cheese Cake pulak.

Tidak seperti dua kelas sebelum ni, kelas Aneka Cheese Cake ni dibuat di Kolej Komuniti Selayang dan merupakan kunjungan pertama aku disana. 

Sama juga dengan sebelum ni, aku juga takda pengetahuan tentang kek apatah lagi cheese cake. Tapi bila dah masuk kelas ni ...ohhhh senang jugak nak membuatnya ye hehe. Cuma bahan yang digunakan berkualiti dan mahal, patutlah cheese cake boleh cecah RM15 sebekas!






Dua jenis kek kami buat hari tu, cheese cake bakar dan cheese cake chill. Maksudnya dua jenis pembuatan cheese cake, pertama dengan membakar dan kedua dengan kaedah menyejuk.

Dah siap cikgu tunjukkan cara-caranya, tiba masa kami pula yang buat hehe. 





Cheese cake yang disejukkan

Cheese cake yang dibakar dalam oven




Lengkap sudah kelas pelajaran kek untuk tahun ini. Cukuplah tiga jenis aku belajar hehe. Moga-moga ada kesempatan aku nak buat sendiri nanti. Teringin sangat nak buat sendiri, bila dah tahu caranya senang la kan!

Wujudkan Baiti Jannati Untuk Golongan Miskin Bandar

$
0
0

Assalamualaikum! Istilah Baiti Jannati atau Rumahku Syurgaku memang ramai yang dah tahu kan? Semua orang juga ingin merasai aura Baiti Jannati dalam kehidupan mereka, samada dengan ibubapa atau dengan pasangan hidup masing-masing. 

Dan itu membuatkan aku terfikir, apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan Baiti Jannati? Ada orang berpendapat Baiti Jannati atau Rumahku Syurgaku maksudnya mempunyai sebuah rumah yang selesa didiami oleh sebuah keluarga.

Ada pula yang berpandangan Rumahku Syurgaku ni bila kita pandang wajah ibu kita, ayah kita, anak-anak kita, pasangan hidup kita itulah yang sentiasa membuat kita rasa bahagia dan disayangi.

Tapi kalau kita rangkumkan kedua-duanya sekali, pasti pengertiannya lebih tepat dan mendalam kan? 😉



Seperti keluarga-keluarga lain, aku juga mengimpikan Baiti Jannati bersama keluarga kecil kami. Cukuplah sebuah rumah yang selesa lengkap dengan keperluan rumah asas. Dan alhamdulillah, semua itu dapat kukecapi secara sederhana.

Tapi bukan semua orang mampu mengecapi peluang ini, apatah lagi bagi golongan asnaf atau miskin bandar yang juga pastinya ada memasang impian untuk memiliki rumah sendiri.

Sebab itu, bila aku terbaca tentang program Baiti Jannati @ Wlayah Persekutuan ini aku tertarik untuk berkongsi tentangnya dengan korang. Sebenarnya. aku pun baru tahu tentang program ini so meh kita sama-sama baca ye.

Program Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan

  • Merupakan program membantu golongan miskin bandar untuk memiliki serta mendiami rumah yang lebih selesa
  • Sejumlah RM6.5 juta berjaya dikumpul untuk program Baiti Jannati@ Wilayah Persekutuan setakat ini bagi membantu membaik pulih dan menyelesaikan baki pinjaman perumahan penghuni miskin tegar di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL)
  • Golongan asnaf yang dimaksudkan adalah seperti orang kurang upaya, ibu tunggal, warga emas dan penduduk miskin
  • Para penerima yang layak akan menerima hak pemilikan rumah berserta barangan elektrik asas seperti kipas, mesin basuh, langsir, meja makan, almari pakaian, tilam, kabinet dapur, set sofa dan lain-lain

Ku Nan menerima sumbangan cek dari Mah Sing Foundation

Untuk pengetahuan korang juga, kutipan dana bagi program Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan merupakan inisiatif Badan Amal Kasih Ibu Wilayah Persekutuan yang mendapat sumbangan dari syarikat-syarikat besar seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Mah Sing Foundation, agensi seperti 
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), DBKL , Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), Celcom, Pavilion dan lain-lain.

Ye la ... kita yang bekerja ni pun ambil masa untuk mengumpul wang kalau nak miliki rumah yang lengkap dan selesa. Inikan pula mereka yang tiada pendapatan tetap atau tiada sumber kewangan yang mencukupi. Alhamdulillah masih ada yang prihatin dan sudi menggerakkan bantuan bagi membantu golongan yang memerlukan. 



MAIWP turut memberi sumbangan cek kepada Ku Nan untuk 
Program Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan


Apa Syarat/Kriteria Utama Kalau Nak Pohon Program Baiti Jannati?
  • miskin bandar yang mempunyai anggota keluarga Orang Kelainan Upaya (OKU)
  • berpenyakit kronik 
  • suami atau isteri yang telah meninggal dunia dan tanggungan anak yang ramai dan 
  • tidak mampu bayar sewa sejak sekian lama





Bagi Program Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan, kebanyakan penerima bantuan adalah mereka yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Projek Perumahan Awam (PPA) dibawah DBKL. Namun, ada juga penerima yang menerima bantuan bina rumah baru di atas tanah masing-masing.

Penerima bantuan dibantu dengan cara menyediakan kelengkapan rumah asas dan melangsaikan hutang sewa rumah yang telah lama tertunggak. 







Bayangkan lah ye kehidupan kita berubah menjadi lebih baik kerana ada pihak yang sudi tampil untuk bantu meringkan beban. Alhamdulillah usaha murni yang diktunjukkan oleh DBKL dan KWP ini akhirnya memberi hasil yang baik kepada penerima-penerima bantuan yang layak. 

Tiada apa yang lebih bermakna melainkan merasa bersyukur kerana diberi peluang untuk memiliki kediaman yang selesa. Lega rasanya bila dapat tahu Program Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan ini telah menepati misinya, dan aku harap program ini diteruskan lagi supaya yang lain dapat juga merasai nikmat yang sama.

#PRU14 | Mengundi kali kedua!

$
0
0

Assalamualaikum! Berdebor rasa menunggu keputusan #PRU14 malam ni. Macam-macam ramalan yang dikeluarkan oleh pelbagai pihak tentang siapakah yang akan membentuk kerajaan pada 10hb Mei ini.

Sebagai rakyat Malaysia, aku seperti orang lain telah menunaikan tanggungjawab tengahari tadi. Panjang betul orang beratur, tapi demi Malaysia tercinta dan kerana tanggungjawab kami sebagai pengundi yang akan menentukan masa depan negara tercinta, barisan panjang pun kami redah! hehe.


Cuaca cerah baik punya. Panas jangan cakapla tapi benda lima tahun sekali mana boleh tak buat kan.



Alhamdulillah setelah 10 minit berjalan kaki dari rumah, beratur sejam nak masuk kelas akhirnya tertunai juga amanah dan tanggungjawab lima tahun sekali ini.

Apapun keputusannya malam ni, harap rakyat Malaysia dapat menerima dengan hati terbuka dan redha. 

Love,
Hanim


PRU14 | Sehari selepas 9 Mei

$
0
0

Assalamualaikum! How does it feel to breathe air after the May 9th? We still breathe the same air but I admit the air after the May 9th is more fresher!

Syukur alhamdulillah seluruh rakyat Malaysia tak tido malam tadi kerana menantikan keputusan rasmi PRU14. Dari jam 5pm dah tercongok depan tv dan handphone untuk mengetahui status undi di tempat masing-masing.


Walaupun keputusan rasmi dari Pengerusi SPR sangatlah lambat dan menimbulkan ketidaksenangan dihati semua, namun rakyat telah bersuara bahawa sudah sampai masanya untuk kita berubah pimpinan. 

Sebagai rakyat Malaysia, tahniah kuucapkan pada Tun Mahathir dan Pakatan Harapan kerana berjaya menawan Putrajaya dan hati rakyat Malaysia. Aura Tun ternyata masih kuat dikalangan rakyat Malaysia sehingga ke generasi muda.


Welcome back macho man! welcome back Tun! Together we make Malaysia a better nation.

Love,
Hanim

Hadiah Hari Guru | Istimewa Tapi Kelakor!

$
0
0

Assalamualaikum! Mira ni kuat blur berbanding kakaknya. Entah apa yang dia fikir sebenarnya hehe. Tapi keletahnya memang tak pernah tak menghiburkan! Lawak dia kadang-kadang boleh diterima, tapi kadang-kadang ada yang tak masuk di akal!

Sambutan Hari Guru biasalah anak-anak nak bagi hadiah untuk cikgu-cikgu mereka. Oklah, kita gi kedai cenderahati tengok hadiah apa yang menarik untuk bagi pada cikgu. Pilih punya pilih, sorang ambil satu. Hadiah bebas pilihlah apa saja, tapi kena hadap ibu dulu untuk 'ditapis' haha. 

Pastu diaorang pilih pembalut dan kad ucapan sorang satu.



Tukang balut hadiah tak lain tak bukan .... ibu lah. Kad ucapan masing-masing buat ayat sendiri la. Tengah dok balut hadiah Mira, kakaknya tetiba gelak besar! Dah kenape? Kita pun blur jugak ... lawak apa yang adik dia buat tu sampai kakak berdekah ketawa?



Tengokla ha .. perangai Mira. Ade ke patut dia pilih kad ucapan yang ada tulisan 'Welcome New Baby Born' sebagai kad Selamat Hari Guru untuk cikgu Bavani dia?? Dah la cikgu tu single belum kahwin lagi, celah mana pulak dia beranak ... hahaha adoiiiii bertuah ini anak!

Kita ni punya percaya kat dia masa dia pilih kad kat kedai tadi. Rupanya dia cakap asal cantik je kad tu bu, Mira ambil la. Tapi takda marah dia pun ... lantak kan aje la. Nasib la cikgu .... harap cikgu tak perasan tajuk kad tu nanti hahaha!

SELAMAT HARI GURU!

Juadah wajib kami bila tiba puasa!

$
0
0

Assalamualaikum! Dah masuk hari kelima kita berpuasa, rasanya masih tak terlambat aku ucapkan selamat berpuasa kepada rakan-rakan muslimin dan muslimat. Dan dah masuk hari kelima jugalah, mata aku masih 'lalok' sebab mengantuk hehe.

Ni pun barulah berkesempatan nak bukak blog sebab dah beberapa minggu ni aku dok sibuk dengan dunia realiti sampai takda masa nak duduk dalam dunia maya sekejap. 

Bila bercerita pasal bulan Ramadan, mesti sangat sinonim dengan satu jenis makanan ni. Dalam banyak-banyak juadah yang dijual di Pasar Ramadan atau yang dimasak sendiri, bubur lambuk adalah makanan yang akan aku hadap setiap kali ketika berbuka. Tak makan nasi takpa, asalkan ada bubur lambuk.


sumber : google


Cik abg tak lain tak bukan kesukaan dia ketika berbuka ialah murtabak! Mujurlah kat bazar ramadan sini ada jual murtabak yang sedap dan berbaloi dengan harganya. Harga murtabak kat sini bermula dari RM3 dan yang paling mahal RM5. Tapi kami jadi regular customer untuk satu pakcik ni yang jual murtabak dengan harga RM3 tapi sedap yakmatttt!


sumber : google


Anak-anak terutama kakak suka sangat ngan samosa. Dia ikut ayahnya la suka sangat samosa tu. Tapi samosa la ni tak macam dulu. Aku pun suka makan samosa dan selalu beli kat bazar ramadan. Dulu RM2 boleh dapat 5 biji, la ni RM3 dapat 3 biji. Takat 3 biji habis kat dia la hehe.


sumber : google


Mira?? Dia brehi ke donut, lemang dan dadih la ni. Posa ka tak posa ka, itulah benda dia nak beli hehe.

Makan Malam Dengan Family Uncle Musa

$
0
0

Assalamualaikum! Masuk hari ke-8 kita berpuasa ni barulah mata tak berapa nak mengantuk rasa. Mungkin sebab aura gaji hari ni haha maka bahagia tu telah melenyapkan kemengantukan seminggu lepas. Alhamdulillah dapatlah belanja anak-anak makan untuk buka puasa kang insyaAllah.

Tak tau nak cerita apa hari ni. Nak cerita politik, kita bukan pakar sangat dalam analisis politik. Tapi kita suka baca perkembangan semasa dunia hari ini terutama yang berlaku dalam negara kita. Apapun, moga dengan adanya pimpinan baru ini segala masalah dan kemelut yang sedang berlaku dalam negara dapat diselesaikan dengan baik. Kecam pun tak guna, menyalak apatah lagi. Tugas kita sebagai rakyat dah selesai dalam PRU14 yang lalu. Sekarang bagi laluan pada mereka yang terpilih untuk buat kerja. 

Anyway, since kita takda cerita gosip best nak dikongsi so kita share la cerita few months back dimana kami telah dijemput oleh Uncle Musa and his family untuk makan malam di Restoran Simply Ribs, TTDI. 




Who is uncle Musa? Ok, panjang cerita dia sebenarnya. Tapi untuk meringkaskan cerita meh la kita ceritakan. Sebenarnya pertemuan ini sepatutnya berlangsung antara mak dan uncle Musa sekeluarga, sebab mak dan family uncle Musa ada pertalian yang sangat rapat sejak mak kecil lagi. Walaupun bukan sedarah sedaging (means bukan sedara ye) tapi jalinan hubungan kekeluargaan antara mereka sudah lama terikat.

Masa mak kecil-kecil dulu, mak hanya bersekolah takat darjah 6. Tau je la keluarga duduk di kampung ni bukan semua orang senang. Anak ramai dan hanya arwah atok je yang bekerja menampung keluarga. Maka, mak berhenti sekolah dan mula cari pekerjaan untuk tolong arwah wan.

Mak bekerja di sebuah rumah yang didiami oleh pasangan suami isteri dan 5 orang anak (kalau tak silap) selepas itu. Sejak dari itu, maklah yang menjaga pakai minum anak-anak disitu sehingga mereka nak masuk usia remaja. Anak-anak itu adalah uncle Musa, uncle Mud, uncle John dan dua orang lagi anak perempuan. Tak ingat pulak namanya hehe.




Kini anak-anak yang mak jaga tu pun dah besar dan berkeluarga. Uncle Musa pernah bagitau, dia pernah berusaha mencari mak di kampung tapi tak jumpa. Bila di KL pula, mak juga berusaha cari uncle Musa (sebab uncle Musa bekerja di HKL masa tu) tapi takda rezeki nak bertemu.

Tup tup satu hari mak terpandang wajah uncle Musa di tv dan beria cakap itulah Musa yang mak jaga masa dia kecil dulu. Kita pun macam was-was juga mulanya, sebab totally kita tak kenal siapa dia. Hanya mak yang kenal, barangkali betul barangkali tersalah orang hehe. Tapi alhamdulillah kita salah mak kita betul hehe. Memang tak silap orang.

Long story short, uncle Musa dapat juga kami jejaki. Terkejut uncle Musa dapat panggilan dari kita hehe. Siap bercakap ngan mak dalam telefon. Alhamdulillah hajat mak tercapai walaupun tak sepenuhnya. Hajat mak nak jumpa uncle Musa dan adik beradiknya, tapi mungkin belum ada rezeki lagi.




Malam tu bukan family uncle Musa je ada, tapi adik beradik lelaki yang lain pun datang juga. Diaorang adaah uncle Mud (Mahmud) dan uncle John (Zulkfili). Orang-orang dulu nama timangannya dashyat gak yek haha.

Walaupun pertemuan itu sepatutnya adalah antara mak dan family uncle Musa, tapi kerana jauh maka kami la wakilkan mak. Memang blur tak tau nak cakap apa, maklumlah dia doktor pakar di sebuah hospital terkemuka. Kita ni ape la sangat hehe. Tapi beliau dan keluarga sangat merendah diri. Mujurlah mak ada ceritakan serba sedikit sejarah dulu, so takda la janggal sangat bila uncle Musa bukak cerita dulu hehe.


Uncle Mud and his grandson, Uncle Musa, Uncle John


Alhamdulillah terima kasih uncle Musa and family jemput kami makan malam disini. MasyaAllah makanan kat Simply Ribs ni memang terbaik lah! Lembut berjus daging dia ... memang terbayang-bayang sampai sekarang. Harga pun boleh tahan gak tu huhu.

Begitulah pertemuan yang tak disangka tapi bersyukur dapat jumpa dengan orang yang mak pernah jaga masa kecil-kecil dulu. Gigihnya mak cari rezeki demi sesuap nasi untuk keluarga. Dapat pula keluarga baik yang turut menjaga kebajikan mak dan melayan mak seperti keluarga sendiri. Sehingga dah besar dan ada family sendiri pun masih boleh ingat kat mak dan cerita lama padahal masa tu uncle Musa dan adik beradik masih di sekolah rendah.

Moga ikatan sillaturrahim ini dapat dieratkan kembali dan moga mak dapat peluang berjumpa dengan mereka satu hari nanti. Aminnn ....

Love,
Hanim

Senarai Gaji Perdana Menteri dan Menteri-menteri Lain Selepas Ditolak 10%

$
0
0


Assalamualaikum! Cerita pasal gaji lagi kita ye hehe. Tapi bukan nak cerita pasal penjawat awam dapat gaji, tapi nak cerita pasal gaji PM dan ahli kabinet yang lain! Tidak menjadi kelaziman untuk para menteri mengongsikan nilai pendapatan bulanan mereka sebagai menteri dan ahli kabinet, tapi dengan pimpinan kerajaan yang baru ini, semuanya dihujung jari!

So dalam sidang media kelmarin, PM ada menyatakan bahawa gaji PM ,TPM dan ahli kabinet yang lain akan dipotong sebanyak 10% berikutan melihatkan kepada keadaan kewangan dan hutang negara. Ini adalah satu langkah baru yang disambut baik oleh semua terutama rakyat.


Agong bersama barisan menteri dan ahli kabinet yang baru selepas majlis angkat sumpah



So, berapa gaji asal mereka dan berapa pula gajinya selepas dipotong 10%?  Kot la kalau ada yang teringin nak tau kan. Aku ada jumpa satu carta ringkas yang boleh kita rujuk. 

Tengok je, takyah susah-susah kira hehe.





Senarai Gaji Menteri Yang Baru 

Perdana Menteri 
Asal : RM 22,827
Baru : RM 20,540

Timbalan Perdana Menteri
Asal : RM 18,168
Baru : RM 16,351

Menteri Dalam Negeri, Menteri Kewangan & Menteri Pertahanan
Asal : RM 14,907
Baru : RM 13,416

Timbalan Menteri
Asal : RM 10,847
Baru : RM 9,762

Setiausaha Parlimen
Asal : RM 7,187
Baru : RM6,468

Angka gaji tu bukanlah yang tepat, tapi dibundarkan. Gaji mestilah ada sen sen kan hehe. Tapi secara kasarnya kita boleh fahamkan dengan baik. Namun begitu, menteri-menteri masih menikmati keisitimewaan seperti elaun perumahan, elaun keraian, elaun wakil rakyat, elaun rumah terbuka dan elaun tempat letak kenderaan.

Walaupun gaji dan elaunnya lumayan, tapi tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul juga besar dan berat. Apapun, selamat maju jaya kepada barisan kabinet yang baru dan moga mereka dapat melaksanakan janji dan harapan rakyat yang ingin bebas rasuah dan pentadbiran yang baik.

Love,
Hanim

Apa Komen Mereka Tentang Simpul Kasih Razhani?

$
0
0

Assalamualaikum! Alhamdulillah dah masuk minggu kedua kita berpuasa. Bagaimana puasa kalian sepanjang dua minggu ni? Sempurna ke tak? Yang menentukan sempurna atau tidak itu hanya Allah yang bisa tentukan betul tak. Kita ni sebagai hamba hanya perlu melaksanakan perintahNya sebaik mungkin ok.

#DoneTazkirah pagi ni hehehe....

Ok, so bercakap tentang Simpul Kasih Razhani. Sebelum masuk puasa hari tu aku ada buatkan beberapa tempahan untuk makan makan biasa pelanggan. Aku cakap kalau sudi berilah pandangan dan komen macam mana persembahan dan rasa simpul kasih kami tu. 







Syukur alhamdulillah atas feedback dan respon positif yang kami terima. Sampai repeat order untuk raya puasa ni pulak hehe. Buat masa ni kami hasilkan satu jenis perisa je iaitu simpul kasih inti ikan. Harga pun boleh tahan murah lagi berbanding di pasaran. Dibuat segar, homemade dan yang penting bersih dan halal.

Di kesempatan ini juga, kami ingin mohon maaf pada yang hantar mesej dan whassap kami bertanya boleh ke amik order lagi untuk raya ni? Jawapannya buat masa ni kami dah tutup tempahan raya minggu lepas. Yang ada ni pun kami masih bertungkus-lumus menyiapkannya mengikut masa yang pelanggan nak. Jadi bukanlah kami nak menolak rezeki, tapi sebab tukang nyimpulnya ada sorang je wakkkkkk haha. So, kena la adjust masa untuk pastikan pelanggan dapat simpul kasih yang disukai ini.

Terima kasih sekali lagi pada semua pelanggan Simpul Kasih Razhani. Lepas raya kita bukak tempahan balik naaaaaa ;)

SIMPUL KASIH RAZHANI
"Sekali Ngunyah Payah Nak Berhenti!"


Love,
Hanim

Tabung Harapan Malaysia

$
0
0

Assalamualaikum! Banyak komen dan pandangan yang diberikan oleh netizen bila tertubuhnya Tabung Harapan Malaysia. Baru-baru ni PM kita, Tun Mahathir menyatakan rasa terharu dan memohon sumbangan derma pada rakyat Malaysia yang sudi dan ingin membantu bagi menghadapi krisis keberhutangan negara yang kini menjadi isu panas semenjak kerajaan baru terbentuk pada 10 Mei 2018.

Yang menyokong ramai, tak kurang juga yang meroyan tanda tak setuju. Dah nama pun derma atau sumbangan, kenapa perlu cepat melatah? Orang lain buat onar takda pulak mereka nak melatah atau pertikaikan?



Selalu kita tanya, apa sumbangan kita pada negara. Nah, inilah masanya kita berhenti bertanya dan lakukan apa yang kita perlu lakukan untuk negara tercinta. 

Kalau anda rakyat yang prihatin dan tak kisah untuk menderma dan menyumbang secara sukarela, bolehlah sumbangkan ke AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA ( cek) dan JABATAN AKAUNTAN NEGARA(online) melalui akaun:
MAYBANK 5660 1062 6452

Mungkin juga ada antara korang yang mungkin tidak bersetuju dengan aku tentang perkara ini. Itu adalah hak masing-masing untuk menerimanya. Asalkan kita jangan perlekeh usaha yang mereka cuba lakukan untuk selamatkan kewangan negara kita.

Lagi satu, jangan pi masukkan duit ke sembarangan akaun bank ya. Rujuk dulu akaun bank tu samada dari Kementerian Kewangan atau tidak. Pastikan ianya sah dari Kementerian Kewangan barulah derma.

Tapi ingat, ini derma .. sumbangan. Takda paksaan untuk kita. Nak derma dermalah seikhlas hati. Takmo derma duduk diam-diam jangan banyak bunyi dan komplen. Orang nak selamatkan kewangan negara yang sememangnya dah buruk rekodnya. Kita yang tak menyumbang apa ni jangan menunjukkan kecetekan akal mempersoalkan rasional orang yang hendak membantu.

Love,
Hanim


GST 6% | Hari Ini Dalam Sejarah

$
0
0

Assalamualaikum! Tarikh 1 Jun 2018 telah lama dinanti-nantikan semenjak berakhirnya PRU 14. Sebab apa? Sebab hari ini adalah hari pertama tiadanya GST.

No more GST!

Dulu dah kena game bila bekas menteri kata bila gst dilaksanakan, harga barang akan turun. Akhirnya kita semua kena tipu! hehe. Harga barang bukan makin turun, makin naik ade la. Belum lagi nak kira harga minyak petrol yang tak menentu setiap minggu. Orang meniaga pun celaru jadinya, maka nak tak nak kena juga naikkan harga.


Tadi aku masuk pasaraya macam biasa beli barang untuk berbuka puasa. Alhamdulillah tiada lagi caj gst 6% pada resit. Moga harga barang terutama barangan keperluan harian tidak lagi naik mendadak seperti sebelum ni.

Love,
Hanim

Kekal Dilindungi Dettol, Kemeriahan Hari Raya Dikongsi

$
0
0

Assalamualaikum! Hari Raya adalah musim perayaan yang amat dinanti-nantikan bagi bertemu sanak saudara serta orang tersayang selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadan. Ketika seluruh rakyat Malaysia bersalam-salaman dan menikmati juadah sambil bertanya khabar, Dettol Malaysia ingin membantu dan melindungi mereka untuk menikmati suasana ini.

Umpama seorang ibu yang mahu memberikan perlindungan sepenuhnya kepada anak-anak mereka, jenama ini komited untuk menjaga kebersihan keluarga sepanjang musim perayaan agar mereka boleh berkongsi kasih sayang tanpa sebarang kerisauan.

Dettol memang sudah sebati dengan kami sekeluarga kerana penjagaan Dettol telah diuji secara klinikal dan penggunaannya yang menyeluruh meliputi keperluan penjagaan kebersihan dari hujung rambut hingga hujung kaki. 



Ketika kebanyakan warga Malaysia menggunakan lebuh raya utama untuk pulang beraya, Dettol akan menjalankan kempen kesedaran kebersihan tangan di 20 buah kawasan Rehat & Rawat (R&R) di seluruh Semenanjung Malaysia.

Apabila pengguna berhenti di kawasan R&R ini untuk ke bilik air, mereka akan dibimbing untuk membersihkan tangan secara berkesan dengan tujuh langkah mudah. Cecair Pencuci Tangan Dettol juga akan disediakan di singki supaya pengguna boleh mempraktikkan cara yang betul untuk mencuci tangan mereka.



Wakil-wakil Dettol juga akan berada di kawasan R&R pada tarikh tertentu untuk memberi sampel produk dan mendidik pengguna tentang kepentingan amalan kebersihan yang baik di rumah. Sampel yang ringan dan dibungkus secara mudah ini boleh dibawa oleh pengguna di dalam bagasi mereka. Pengguna juga boleh memanfaatkan sampel ini sewaktu berada di kampung untuk melindungi mereka dan keluarga daripada kuman.

“Hari Raya adalah hari untuk bertemu dan berkumpul dengan sanak saudara dan sahabat handai. Itulah sebabnya penting untuk Dettol melindungi rakyat Malaysia daripada kuman supaya mereka boleh menikmati sepenuhnya pertemuan mereka,” kata Kim Minyoung, Pengarah Pemasaran Dettol Malaysia dan Singapura.

Menurut Kim, bagi memenuhi hasrat ini, Dettol melancarkan kempen ini untuk mengingatkan warga Malaysia supaya menjaga kebersihan dan kesihatan mereka walaupun sewaktu menikmati kemeriahan perayaan.

“Sebagai jenama perlindungan kuman No.1 di negara ini*, Dettol sentiasa mendidik warga Malaysia tentang amalan kebersihan tangan bagi melawan kuman yang wujud dalam persekitaran kita setiap hari. Kami turut bekerjasama dengan para ibu untuk menyokong mereka dalam menyediakan perlindungan yang sepenuhnya kepada keluarga di mana sahaja mereka berada,”tambah beliau.

Ena Abas, Pengurus Jenama Dettol Malaysia dan Singapura, berkongsi pengalaman peribadi beliau dan menekankan bahawa mengekalkan tangan yang bersih membantu menjauhi kuman.

“Pulang ke kampung untuk beraya perlu melalui perjalanan yang jauh dan orang ramai selalunya akan berhenti sebentar di kawasan R&R. Saya tahu bahawa sesebuah keluarga mungkin perlu melalui perjalanan sejauh 6 hingga 12 jam menaiki kereta jika hendak ke kampung mereka di Pantai Timur dari Kuala Lumpur. Meluangkan masa beberapa minit untuk membasuh tangan dapat melindungi pengguna serta keluarga daripada kuman. Dettol berharap untuk membawa mesej ini kepada seberapa ramai warga Malaysia dalam usaha kami untuk menggalakkan mereka mengamalkan tabiat kebersihan yang baik bagi menikmati Hari Raya dan berkongsi saat kegembiraan tanpa sebarang kerisauan.”

“Bagi yang meraikan Hari Raya dan mungkin akan berhenti di kawasan R&R dalam perjalanan pulang ke kampung masing-masing, kempen ini akan mendidik mereka tentang langkah penting dalam kebersihan seperti membasuh dan mengekalkan kebersihan tangan ke mana sahaja mereka pergi. Dalam erti kata lain, lebih ramai warga Malaysia yang mendapat perlindungan daripada kuman,”jelas Ena.

“Kami berharap orang ramai sentiasa berada di dalam keadaan sihat dan dilindungi sepanjang musim perayaan ini supaya Hari Raya boleh disambut dengan meriah bersama keluarga dan sahabat handai. Dettol Malaysia mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua rakyat Malaysia yang menyambutnya dan selamat pulang ke kampung masing-masing!” kata Kim.


Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, Dettol Malaysia akan turut memberi sumbangan kepada para pengguna serta mereka yang memerlukan. Slogan kempen adalah “Kekal Dilindungi, Kebaikan Dikongsi”, dan para pembeli boleh melakukan kedua-duanya dengan hanya membeli produk Dettol bernilai RM25 dalam satu resit. Bukan sahaja setiap pembelian menerima baucar ganjaran bernilai RM5, malah sebahagian daripada jualan akan disumbangkan kepada pertubuhan kebajikan terpilih.

Promosi ini berlangsung mulai 1 Mei 2018 hingga 30 Jun 2018. ‘Suka’ dan layarilah Facebook Dettol Malaysia di www.facebook.com/DettolMalaysia untuk butiran lanjut.

Cara Semak Online Bantuan Sara Hidup (BSH)

$
0
0

Assalamualaikum! Haa dekat-dekat nak raya ni, cerita pasal duit atau kewangan la yang paling dinanti-nantikan ye tak. Pada korang yang dah confirm dapat bonus kerajaan pusat atau kerajaan negeri bagi tu alhamdulillah rezeki anak-anak la kan. Yang tak dapat bonus, rezekinya dapat kat Bantuan Sara Hidup (BSH) atau dulu dikenali sebagai BR1M.

Kalau bonus tak dapat, BSH pun takda maka bersyukur jugaklah masih ada gaji untuk berbelanja secara sederhana. Apapun, elakkan amalan berhutang supaya nanti lepas raya takdala rasa 'sempit' sangat hidup.




Dah semak ke status BSH korang? Eh kena semak ke? Alaa saje la nak semak, kot-kot nilainya meningkat ke, mana tau kan hehe.

Cara nak semak BSH ni sama je, cuma nama dia je dah ditukar dari BR1M ke BSH. Korang boleh semak status Bantuan Sara Hidup di laman web https://ebr1m.hasil.gov.my/ , pergi ke MyBSH dan masukkan No. Kad Pengenalan. Jawab soalan tapisan keselamatan macam biasa dan dah boleh tengok status.

Pembayaran Fasa 2 BSH akan bermula pada 6 Jun 2018, means pembayaran akan dibuat secara berperingkat la ye. So, harap yang lulus tu boleh bersabar sikit ok.

Selamat menyemak!

Biskut Raya 2018

$
0
0

Assalamualaikum! Alhamdulillah tahun ni dapat juga siapkan biskut raya walaupun disaat-saat akhir. Walaupun tak banyak jenis, jadila dari takda langsung kan hehe.


Biskut mama carrey wajib ada! Sebab peminatnya ramaiiii hehe. Kakak dah chop biskut ni dari sebelum raya lagi. Katanya dia cukup suka makan biskut ni. Ye la...ibu buatkan ye.

Biskut Dahlia tu baru first time aku buat tahun ni. Nampak macam senang sebab ikut resepi kan. Kali pertama bakar, satu tray hangus sebab terlebih suhu haha! Second tray try suhu rendah sikit dia jadi separuh masak pulakkkk. Last² ikut suhu biasa je baruuuu jadik!. Gatal tangan gi bubuh tiga kaler kuning, pink dan hijau. Bila tekan keluar dia jadi kaler ni pulak. Lantaklah labu ...janji anak² kata sedap hehe.

Last but not least, popia simpul yang dikasihi. Wajib la ada kan...dah nama pun jual popia simpul hehe.

Benda lain takda takpa. Baju raya, kasut raya, tudung raya, beg raya takda takpa. Asalkan biskut raya air tangan sendiri wajib ibu adakan setiap tahun. Bahagia rasa bila tengok anak² makan apa ibu masak termasukla di pagi lebaran 😉.

Love,
Hanim

Rendang Daging Nismilan Yang Kebabom!

$
0
0

Assalamualaikum! Masih tak boleh move on lagi dengan lauk raya? Yeaaa sama la kita. Masih terngiang-ngiang rendang daging nismilan yang mak masak aritu. Kena pulak dengan daging batang pinang yang fresh abah beli sehari sebelum raya, terangkat-angkat bila makan ngan lemang dan nasi impit ...yuuuhuuuu!

Apa hebatnya rendang daging mak ni? Hebatnya sebab air tangan mak le. Masak dengan penuh kasih sayang cukup segala rempah ratus. Pekatnya, basahnya, lembutnya, jusnya ...aduhhhhhh menusuk kalbu!



Dalam banyak-banyak juadah raya, hanya rendang daging nismilan ni je la yang sompek den amik videonya. Yang lain tak sompek sobab dan sibuk ke biskut raya hehe. Itupun curi-curi masa tolong kacaukan rendang ni, bolehlah snap sana sini sikit.

Tak lengkap raya kalau takda rendang. Tak lengkap rendang tanpa lemangnya. Pekena ngan lemang sekali .... mau 'tumbang' tuannya di pagi raya hehehe.





Viewing all 969 articles
Browse latest View live