Quantcast
Channel: Budak Flat 92
Viewing all 969 articles
Browse latest View live

Pink Mama Carrie @ Mama Carrie Merah Jambu!

$
0
0

Assalamualaikum! Alhamdulillah projek biskut raya 2018 akhirnya berjaya! Dapat juga capai KPI tahun ini untuk buat sekurang-kurangnya dua jenis biskut raya hehe. Memang dah target awal, dah bajet awal nak buat biskut raya sendiri. Kalau boleh nak buat 4-5 jenis macam tahun-tahun sebelum ni, tapi sebab bajetnye ciput hehe dapat buat 2 jenis pun dah sujud syukur kite wak!

Banyak motifnya kita buat biskut raya sendiri ni, satu yang utama sebab my sulung, Hazwani request biskut raya pujaan hati dia .... ape lagi kalau bukan mama carrie!




Biskut mama carrie ni memang berhantu tau! Hazwani boleh hadap biskut ni kat dia sorang je kalau aku tak berbunyi hehe. Sebab dia nak la maka aku buatkan jugak. Selama ni dok buat kaler putih je, aritu gatal tangan gi bubuh kaler pink try test tengok. 

Sekali kejadiannya lawa la pulak ye haha. Tapi disebabkan ilham tu datang lambat, maka dapat buat kaler pink 1 tray je la huhu.




Inilah Rupanya Beg BIJAN Yang Sedang Viral!

$
0
0

Assalamualaikum! Hai la BIJAN ... gara-gara ko, satu Malaysia dah kenal apa itu beg BIJAN! Terkedu aku bila memula dengar...Bijan? Biar betoi! Ada sungguh ka jenama beg Bijan ni? Al maklumla nama Bijan ni dah lama terkenal kat Malaysia sebelum PRU 14 lagi. Kalau sebut Bijan, orang tau tu siapa kan.

Selalu orang sebut 'Bijan' ia merujuk kepada seseorang tapi arini Bijan rupanya lebih dari tu! Pagi ni kan telah berlangsungnya sidang akhbar oleh pihak polis yang diketuai oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkaitan dengan perkembangan hasil rampasan barangan dari rumah mantan PM yang dikatakan dikaitkan dengan satu kes penyiasatan berprofil tinggi.

Bila Datuk Seri Amar sedang menyenaraikan jenis-jenis beg berjenama seperti Hermes, Prada, Chanel. Tiba masa dia sebut BIJAN...terkedu wartawan semua. Sekali ngan aku terkedunya! BIJAN? Sampai wartawan tu tanya how to spell it? B.I.J.A.N ...haha bijan sungguh!



Tudiaaa...sungguh ada manusia bernama bijan rupanya. Tapi nak sebut dia macam mana ye? Bai-Jen atau Bai-Han (sebab sebutan orang luar dengan kita kan tak sama) Kalau betul sebutannya sama macam kita sebut Bi-Jan atau Bee-Jan ha memang sohih la tu hehe.

UPDATE : Cara sebutannya ialah BEE-ZJHON ... memang 'mewah' bunyinya.

Bijan merupakan seorang designer yang berasal dari Iran. Bukan beg tangan mewah je yang dijual tapi koleksi² lain juga turut ada dari baju, minyak wangi, aksesori sehinggalah ke kasut jenama Bijan.





Senarai Barangan Rampasan 

12,000 jenis barang kemas :
-1,400 rantai 
-2,200 cincin
-2,100 gelang
-2,800 pasang subang
-1,600 kerongsang 
-14 tiara.

Rantai emas bertatahkan berlian bernilai RM6.4 juta adalah yang paling berharga dirampas.

Beg tangan: 
567 beg tangan yang dirampas bernilai RM51.3 juta. Pihak polis dan pakar mengambil masa lapan hari untuk mengira dan menilai beg-beg tersebut, yang terdiri daripada 37 jenama termasuk Hermès, Prada, Chanel dan Bijan.

Ada beg tangan yang berharga RM1.6 juta. Ada juga beg tangan yang ditempah khas iaitu daripada jenama Bijan.

Jam Tangan :
423 utas jam tangan bernilai RM78 juta melibatkan lebih 100 jenama termasuk Rolex dan Chopard.

Cermin mata :
Sebanyak 234 cermin mata hitam (sunglasses) bernilai RM375,000 daripada 34 jenama termasuk Versace, Gucci, Dior dan Cartier.

Nilai rampasan bagi semua barangan diatas bernilai hampir RM900juta..fuh!

Adakah lepas ni beg jenama BIJAN akan menjadi koleksi peribadi orang² kaya di Malaysia termasuk artis²? Wallahualam


Pencapaian Hazwani Di Sekolah

$
0
0

Assalamualaikum! Asyik cerita pasal biskut raya pasal raya je ibu ni, hari ni ibu nak citer pasal anak ibu pulak la. Anak-anak baru je habis exam sebelum cuti raya aritu, dan keputusan exam dah pun diperolehi walaupun laman web SAPS tak boleh dibuka sehingga kini.

Sebelum cerita pasal exam, ibu nak cerita pasal semalam. Cikgu kakak hantar gambar kakak dalam WhatsApp tengah menunjukkan aksi ketika berpidato. Rupanya semalam kakak ada pertandingan pidato dalam kelas! Malam sebelum tu, kakak dah cakap nak berlatih dengan ibu tapi disebabkan homework belum siap maka ibu kata tak boleh, kena siapkan juga homework dulu baru berlatih pidato. Sampai masa, kakak dah mengantuk dan masuk tidur awal.

Esoknya, cikgu bagi gambar kakak, dan kakak bagitahu kakak dapat tempat kedua dalam pertandingan pidato dalam kelas. Allahuakbar ... tahniah kakak! Walaupun kakak hanya sempat hafal 2 perenggan dan tak berlatih malam sebelumnya, tapi kakak berjaya melakukannya.



Kakak cakap kakak gementar juga sampai tangan tu duduk macam tu sehingga ke akhir masa hehe. Takpela kakak, at least kakak boleh berdiri dan bercakap di depan kawan-kawan macam tu. Ibu tak boleh .... ibu punya stage-fright maha teruk dari sekolah rendah lagi. Mungkin tu la kot ibu kurang pencapaian di sekolah rendah dulu huhu.

Next, cerita pasal exam pulak. Sebelum cuti aritu kan budak-budak dah habis exam, minggu lepas dia balik tunjuk paper BM Penulisan dan alhamdulillah markahnya dah meningkat kepada 84%. Kakak dapat markah tertinggi dalam kelas untuk BM Penulisan kali ni ...tahniah sekali lagi sayangku!




Sebelum ni kakak pernah dapat markah corot untuk subjek BM Penulisan, buat ibu rasa bersalah kerana kurang fokus untuk mengajar kakak subjek tu. Orang Melayu macam kita kalau tak dapat menguasai bahasa ibunda sendiri malu sangat rasanya. Baik masuk dan duduk dalam gua tu diam-diam .... bagi pendapat ibu la hehe.

Sejak tu setiap kali kita buat homework, latih tubi soalan, perbincangan kata kunci ibu akan pastikan kakak memahami kehendak soalan dan jawab berpandukan apa yang diberi dengan sedikit penambahan maklumat.

Maklumla, kakak tak pergi tuisyen hanya bergantung kepada cikgu di sekolah, kelas tambahan dan tunjuk ajar dari ibu dan ayah di rumah. So, setiap kali ibu minta kakak buat karangan ibu akan cakap,"kakak, sila bagi ibu karangan standard 5", hehe means kakak kena karang ayat yang sesuai dengan pengetahuan kakak tentang tajuk yang diberi.

Keep up the good work baby! Moga kakak terus sukses dan maju dalam pelajaran dan bidang yang diceburi di sekolah. Terima kasih kerana disebalik ketegasan, kegarangan dan kecenderungan ibu membebel ketika mengajar awak telah awak terima dengan redha dan ikhlas. Ibu mungkin garang sikit ketika mengajar tapi niat ibu tak lain hanyalah untuk memberi kefahaman kepada awak supaya lebih fokus dan berhati-hati menjawab soalan. Alhamdulillah cara itu berjaya akhirnya dan awak berjaya buktikan yang awak mampu lakukannya.

Love,
Ibumu

Hazwani teringin nak ada handphone sendiri?

$
0
0



Assalamualaikum! "Buu .... boleh tak kakak guna duit raya kakak beli handphone?"Adehhh ... soalan tu memang payah ibu nak jawab. Budak zaman sekarang kalau takda gajet tak boleh hidup ye. 

Ibu tahu ramai kawan kakak yang dah ada handphone sendiri. Ada yang siap bawa ke sekolah lagi. Ibu pula sedaya upaya tak nak bagi anak-anak terlalu mengadap gajet kecuali cuti sekolah atau bila dibenarkan ibu dan ayah.

Sebab itu, dari awal dari kakak darjah satu lagi ibu dah tetapkan tiada gajet pada hari persekolahan. Hanya Sabtu & Ahad, itupun sekejap-sekejap je. Takda nak mengadap sepanjang masa! Ibu juga tak mahu jadikan tabiat berjanji kepada anak-anak untuk belikan handphone sebagai syarat kakak atau adik dapat nombor satu dalam peperiksaan sebab itu hanya akan memburukkan lagi keadaan! 

Pendek kata, ibu tak berapa setuju nak benarkan anak-anak ada gajet sendiri buat masa ni. Walaupun guna duit poket sendiri, bagi ibu masanya belum sesuai lagi. Bukan ibu tak percaya anak-anak ibu, tapi biarlah tunggu sampai kakak masuk sekolah menengah dulu...at least!

Simpanlah duit raya kakak tu untuk kegunaan yang lebih penting dimasa hadapan. Handphone bukan satu keperluan buat masa sekarang terutama untuk kakak dan adik yang masih bersekolah. 



Mungkin ibu nampak kolot dan terkebelakang kerana anak orang lain masing-masing ada handphone sendiri, akaun facebook sendiri, akaun instagram sendiri, akaun tiktok dan macam-macam lagi. Tapi biarlah Hazwani dan Hazmira 'bebas' dari tu semua buat masa ni. 

Tapi ibu still layankan anak-anak dengan apps yang menarik dan comel macam di atas ni hehe. Buat masa ni, apps ni jelah yang ada di handphone ibu. Game yang lain dah ibu delete dan tak terfikir nak ada tiktok hehe.

Love,
Ibumu

#raya2018 kami

$
0
0

Assalamualaikum! Camat aghi ghayer sumer! Sambutan serba sederhana tahun ni seperti tahun-tahun sebelumnya. Tahun ni kami #teamrayamelaka dan tema baju 'ikut suka' hehe.

Persiapan sederhana yang penting mesti ada biskut raya. Juadah raya macam biasa, rendang daging, rendang ayam, lemang, nasi impit, kuah lodeh, sup tulang semuanya mak masak hehe. Aku tukang potong bawang dan tukang mengacau macam biasa la. Anak-anak tukang mengemas tolong uwan dan atok.


Mr. Lobo & Mrs Lobo haha!


Pertama kali cik abg punya 'baju raya' lain macam sikit hehe. Alkisah si isterinya terlupa nak bawa balik baju raya cik abgnya, suh gi beli yang baru dia takmo pulak. Makanya, pakai la baju tshirt tu ha. Bukan menganiaya suami, tapi ini namanya 'technical problem' huwaaaaa!

Tahun ni anak-anak memilih untuk berkebaya. Kemain taste ye! Syukur alhamdulillah ...








Ikhlas dari kami sekeluarga, selamat hari raya maaf zahir dan batin.

Love,
Razlan, Hanim, Hazwani & Hazmira

Rumah Terbuka Puspanita Selangor

$
0
0

Assalamualaikum! First time dapat jemputan dari Puspanita Negeri Selangor, lebih meriah dari yang dijangka! Begitulah bila dah masuk kerja tapi kalau orang dah jemput beraya takkan nak menolak kan huhu.





kredit : puspanita selangor

kredit : puspanita selangor

kredit : puspanita selangor


Terima kasih atas jemputan. Lepas ni jamuan ghayer dimana pula ye? hehe


Kebaya Merah Di Pagi Syawal 2018

$
0
0




Assalamualaikum! Tahun ni dua beradik tu request nak pakai kebaya pulak. Mungkinkah mereka terpandang poster filem 'Dukun' dekat billboard di Federal Highway tu ye? hehehe. Kebaya bukan sebarang kebaya ... kebaya merah pulak tu!

Dah lama 'mengidam' nak pakai kebaya. Sebelum-sebelum ni pakai kurung moden dan jubah untuk hari raya. Kebanyakannya jubah la sebab senang keje ibu nak menggosok sehelai je sorang haha.

Tapi tahun ni, masing-masing dah pandai nak melaram. Takpelah kita kasi peluang pada anak-anak dara Razlan & Hanim ni. Walaupun berkebaya tapi masih menutup aurat dan sopan pemakaiannya.



Macam ibunya, nak cari baju anak-anak yang sesuai dengan saiz memang susah! Mujur berjumpa juga selepas 5-6 kali punya fitting. Kakak nak baju merah, adik pun nak kaler merah. Corak je lain sikit, yang kakak kosong tapi ada kerongsang. Yang adik punya ada 'batu-batu' takda kerongsang hehe.

Baju kebaya merah kosong dipadankan pula dengan tudung shawl atau bawal licin pilihan masing-masing. Yang pasti jahitan baju ni memang kemas dan selesa dipakai.  

Tak kiralah samada baju itu ditempah atau beli yang dah siap, benda pertama kita belek ialah pada jahitannya ...betul tak! Nampak gaya anak-anak dah jatuh cinta dengan kebaya ni ... mungkinkah tahun depan diaorang akan pilih kebaya jugak untuk sambut lebaran?jeng jeng jengggggg ....

Love,
Hanim

Satu benda yang kami tiada persamaan

$
0
0

Assalamualaikum! Dalam banyak-banyak benda yang aku selalu beli, alat solek tidak termasuk dalam senarai itu. Bukanlah bermaksud aku tak suka bersolek, tapi aku jaaaaarang mengenakan solekan walaupun ke pejabat. Nak bersolek pun kena tengok pada tempatnya dan mood aku juga. Kadang rasa nak bercelak aku pakai celak. Kadang rasa nak bergincu aku calit sikit. Tapi memang kebanyakan masa aku suka naked face dan hanya pakai bedak.

Aku tahu aku tahu ... satu hari nanti aku akan kena hadap benda ni jugak. Mempunyai dua orang anak perempuan yang suka bersolek dan kelihatan cantik rupanya perasaan itu agak janggal dan ... tak best!




Tak best sebab they are still my babies! Aku tak boleh terima kenyataan yang kini anak-anak dah pandai nak melawa sedangkan ibunya .... hmmm. Sampaikan anak-anak bising kenapa ibu tak calit sikit gincu di bibir tu kasi cantik. Padahal ada je gincu (barang review) tapi akhirnya terperuk je dalam kotak huhu.

Pernah aku kena 'bahasa' dengan kakak sebab aku marahkan dia kenapa nak kena bersolek bagai macam orang dewasa sedangkan dia masih di darjah 5! "Takkan kakak nak nampak cantik sikit pun tak boleh?", dia jawab. Aduhaii ... nampak nau kejam ibu ni ye. Baru ibu sedar apa yang ibu mahukan tak semestinya itu yang anak ibu mahukan juga. Sometimes ... you just have to admit that they see things different from you.


#donemakeup


Dan setelah ko belajar terima hakikat itu, barulah ko bawa anak-anak ko pergi Guardian dan belikan pelbagai jenis berus solek, gincu dan eye-shadow untuk sambutan hari raya di sekolah esoknya. Ketiga-tiga barang tu diaorang yang pilih sendiri ye! Can't believe I spent my almost RM50 for these things haha! Tapi dengan amaran .... jaga alat-alat solek segala berus-berus ni dengan baik. Pakai mesti cermat dan kalau gincu tu patah atau serbuk eye-shadow tu 'pecah' dan bertaburan sana sini ... no more cantik-cantik for you two!

And of course, makeup was done by me. Jangan sangka ibu jarang bersolek maka ibu tak boleh nak solek anak-anak ibu ye. Mira cukup suka pakai eye-shadow dengan gincu. Kakak tak boleh tinggal gincu dan maskara. Pagi-pagi ibu dah tonyohkan muka masing-masing supaya nampak cantik di sekolah. 

Ginila ... kalau ada anak perempuan yang suka bersolek. I feel sad ... bukan sebab diaorang suka bersolek. Tapi .... why you grow up so fasttttttttt??? 😭😭

Love,
Hanim

Atok Berbekam

$
0
0

Assalamualaikum! Kisah yang dah beberapa bulan berlaku, baru teringat ada gambarnya. So marilah kita bercerita sikit pasal berbekam. Orang lelaki lebih suka berbekam ni kan. Termasuklah atok Wani & Mira. Masa muda dulu pernahlah aku tengok abah dan mak buat bekam tapi bekam angin. Yang ni bekam darah .... ohhh begitu pulak ye.

Syukurlah sejak abah berhenti merokok beberapa tahun yang lepas, dia still pandai jaga kesihatan. Air masak tak tinggal, kadang naik basikal sampai ke Pekan Duyong! Yang tu aku bimbang sikit, selalu membebel ingatkan dia tak payah lah berbasikal sampai ke pekan sana. Cukuplah sekadar dalam kampung ni je. 




Berbekam ni pun salah satu amalan untuk jaga kesihatan juga. Kita digalakkan buat 6 bulan sekali. Prosedurnya pun selamat dan alat yang digunakan terjamin bersih dan disteril. Yang penting orang yang menguruskannya mempunyai tauliah dalam jurusan bekam ni.

Teruja kami tengok macam mana proses bekam darah ni. Selalu tengok gambar kuar darah segala tu ... kali ni tengok live depan mata!





Rupanya nak bagi darah tu keluar kulit kita kena di'buat' lubang halus dulu. Tak sakit pun kata abah, sebab encik ni cucuk halus pada permukaan kulit. Jarumnya pun jarum khas yang telah disteril. Lepas tu tekup balang-balang kecil tu dengan 'pistol' khas.

Balang-balang tu pun ada saiznya juga. Pendek kata, encik ni memang pakar dan teliti dalam proses berbekam. Memang cermat dia buat, sambil-sambil tu dia terangkan kebaikan berbekam dan melayan segala jenis pertanyaan kami terutama aku yang memang kepochi sikit dalam benda yang tak pernah dilihat macam ni hehe. 





Berbekam bukan di badan sahaja, tapi rupanya atas kepala pun boleh lor! Adoiii ...ngeri pulak tengok encik tu 'tembak' kepala abah dari atas hehe. Tapi itu lah bekam kepala. Satu tempat je dia buat iaitu di bahagian tengah kepala. Kalau orang migrain, insomnia boleh cuba bekam ni. 


Tudia...selambak darah atas kepala.

Love,
Hanim

Cemburu seorang wanita

$
0
0

Assalamualaikum! Ok...macam mana aku nak mulakan ye. Ni kali pertama aku berhadapan dengan situasi sebegini. Aku tak tahu nak bagi reaksi yang macam mana ... tapi aku rasa aku 'gagal' menunjukkan respon yang sepatutnya.

Adakah mustahil untuk seorang perempuan untuk berasa cemburu terhadap pasangannya? Of course ...itu adalah normal dalam setiap perhubungan antara lelaki dan wanita terutama suami isteri.

Tapi yang ini bukan cemburu seorang isteri terhadap suaminya. Cemburu ini datang dari seorang budak perempuan ...my kenit Mira la!

ibu dan anak


Aku tak tau nak gelak ke nak suka ke nak marah. Tapi geli hati tu ada..sumpah! Dia bukan cemburu aku dengan ayahnya, dia cemburu ayahnya ngan perempuan lain huhu.

Alkisahnya, anak solehah yang baik hati dan prihatin terhadap ibunya ni yakni Mira tetiba berubah mood bila tengok ayahnya berborak dengan seorang akak owner kedai jahit. Aku kenal akak tu tapi aku tak fokus kat diaorg masa tu sebab takda sebab nak cemburu lah!

Tapi my kenit ni punya tak puas hati tu sampai tersembul ayat,"mama gi la 'serang'(marah) ayah tu". Isshhh!! ....hahaha terkejut ibu dengar Mira punya cadangan.

"Mama tak jeles ke?", dia tak puas hati tu.

Saje nyakat Mira,"Nak jeles watpe. Ayah awak nak kawen lagi pun boleh. Awak boleh ada 2 mama", mengundang padah punya jawapan haha!

Dipendekkan cerita, aku tak jadi 'serang' akak tu haha! But this is something new that I found out about Mira. Boleh tahan juga dia punya cemburu ye. Dia punya details pasal akak tu, siap boleh citer kat aku yang bila dia lalu sebelah ayah dia senyum ayah pun senyum balik. Aku punya gelak tak tahan! Jenuh aku explain kat dia kalau orang senyum kat kita kena la senyum balik. Tak bermakna orang tu nak ngurat kita ...adehhh anak oh anak!

Aku citer balik pada cik abg, senyum sambil geleng kepala dia haha. Sayang juga anak-anak kat ibu ye. Garang pun tetap disayangi. Dah try 'merisik' tadi (kalau ada 2 mama) pun tak laku haha! Tak rela kalau ibu diaorg bermadu hehe.

Love you too anakku,
Ibu

Durian kampung dan rambutan kuning

$
0
0

Asalamualaikum! Aduhaii ... kalau dah 'hantu' durian memanglah tak boleh tolak durian depan mata ye dak. Hilang sedikit nikmat hidup kalau tak suka makan durian tau. Macam my kenit Mira, cukup tak tahan dia dengan bau durian haha. Semalam sengaja aku duduk dekat berborak ngan dia lepas makan durian. Dia punya mengelakkkkkk kalih muka tutup hidung terus! haha. Suka nyakat budak kenit tu.




Aku tak faham kenapa ada orang tak suka durian! Why Mira why??😂 kelembutan isinya...manis dia ... kuning emas dia. Bau?? baunya cukup semerbak harum la! Kenapa Mira tak suka bau durian? It's freshy tau dak! Buah takdak bau pun Mira tak suka, buah ada bau pun Mira tak suka. Saje je kan Mira bagi alasan takmo makan buah!

Tak perlu Musang King, 101 atau durian kawen yang lain. Cukuplah durian kampung yang lemak manis dan segar baru gugur dari pokoknya. Alhamdulillah rezeki dapat makan durian dari pokok Nek Busu setelah menunggu dua puluh tahun lebih! Yesss .... dua puluh tahun plus plus ok! Ni kira buah generasi pertama ..hukhuk.

Dan kasih seorang abah yang sanggup keluar lepas Subuh gi ngendap kat pokok kot-kot ada sebiji dua buah durian yang gugur untuk dibawa balik dan simpan untuk anak-anaknya makan. So heaven!😍


berkilat isinya!

come to mamaaaaaa!

My type of durian ialah yang isinya 'berkedut-kedut' dan lembut macam ni! Aaauuwwww aku boleh hadap dia saje berbiji-biji tau! Lepas tu menggagau cari air masak hehe.


'kucing tido'


Tengah sedap menikmati kelazatan dan kemanisan berulas-ulas durian, tetiba ada orang sebut,"kucing tido ni", huhu ... rupanya durian ni ☝ dipanggil 'kucing tido' sebab posisinya macam kucing tengah tido la. Mujur dia tak cukup kucing tengah berak kan hahaha .... confirm aku luah balik isi durian tu!

Dalam masa yang sama meriah pokok Nek Busu dengan rambutan merah dan kuning. Pilihanku semestinya moktan kuning sebab isinya lebih tebal, kurang berair dan manisssss! Gigih aku ngan akak kain buah moktan guna galah. Sampai kena gigit kerengga! Tapi hasilnya .... marvelous!





Alhamdulillah syukur dapat merasa sikit sorang. Dalam family, Mira je yang tolak durian. Moktan dia makan tu pun sikit je giginya ....haihhh. Jenuh nak ajak dia makan buah. Pisang je yang dia boleh telan selama ni hehe.

Love,
Hanim

Biar kasut hitam jangan hati yang 'hitam'!

$
0
0

Assalamualaikum! Semalam Menteri Pendidikan telah umumkan bahawa bermula tahun depan, murid-murid akan pakai kasut sekolah hitam ke sekolah. Pengumuman itu dibuat setelah mengambil kira aduan dan luahan dari ibubapa terutama kaum ibu yang memang stres melihat kasut sekolah yang asalnya telah dicuci bersih sehingga putih setiap minggu bertukar kotor dalam sekelip mata!

Respon dari netizen pula berbeza-beza, ada yang menyokong, ada yang membantah cakap jika kasut putih ditukar kepada hitam maka budak-budak takkan jadi berdisplin sebab hidup dah senang tak perlu risau kasut kotor dan tak perlu bersusah payah nak berus kasut setiap minggu.




Ada juga yang cakap kasut putih tukar hitam ni boleh menyumbang kepada kemalasan dan sebagainya. Anak lagi naik 'tocang' dan manja lepas ni dan blablabla. Kasut putih tu lah boleh mengajar anak displin dan kebersihan diri. Bagus .. kita meraikan pendapat yang berbeza mengikut pemikiran dan rasional masing-masing.

Tapi bagi aku sebagai ibu yang terlibat secara langsung dalam rutin membasuh kasut sekolah anak-anak setiap minggu, kurasakan pendekatan yang baru ini sangat membantu terutama kepada kaum ibu. Ye ... yang banyak mengadunya kaum ibu. Yang banyak meluahkan kasut anak hari Isnin pagi bersih petang dah macam 'belacan' tu pun kaum ibu. 

Soal membentuk displin anak itu, aku takmo letakkan hanya kepada isu kasut sekolah. Ada banyak lagi cara lain kita sebagai ibubapa boleh bentuk anak kita jadi berdisplin. Takkan kasut anak dari putih tukar jadi hitam terus anak tu jadi liar? What the ...?? Itu je ke aras penilaian kita terhadap pembentukan displin anak-anak??

Mungkin isu kasut sekolah ni orang pandang remeh dan cakap,"kenapa menteri tak fokus pada isu yang lebih besar dan penting? kenapa isu remeh macam ni yang dibangkitkan?" Remeh bagi ko sebab ko tak kena basuh kasut kan haha!

Gitulah orang kita ... buat itu salah, buat ini tak kena. Berbeza pendapat itu bagus dan normal, tapi jangan lah sampai menghukum dan menidakkan terus tindakan yang orang lain buat. Dia buat macam tu pun untuk memudahkan kita ibubapa dan anak itu sendiri. Tidak perlu amik masak yang lama untuk berus kasut dan masa yang ada tu anak kita boleh luangkan untuk belajar pulak. Kan dah jimat masa disitu??? Haiya ...

Ni baru kasut hitam ... belum dia cadang buat baju sekolah hitam haha! Hei ... biar kasut hitam, jangan hati 'hitam'....ada faham!

Love,
Hanim

Nasihat Dr. Amalina untuk ibubapa termasuk aku!

$
0
0


Assalamualaikum! Sejauh mana korang percaya suplimen baik untuk anak-anak kita? Mungkin ada yang berpendapat suplimen itu perlu untuk memastikan anak-anak dapat nutrien yang diperlukan untuk mereka lebih mudah belajar di sekolah.

Aku juga pernah berfikiran begitu, sebab apa saja yang baik untuk anak pasti kita sebagai ibubapa takkan berfikir dua kali. Tapi dengan lambakan makanan tambahan dan suplimen di pasaran yang bermacam-macam jenis membuatkan aku rasa macam  ...hurmm betul ke diaorang ni?


sumber : IG story dramalinabakri


Baru-baru ni, viral tentang perkongsian dari Dr. Amalina di IG storiesnya berkenaan isu suplimen untuk kanak-kanak. Aduhh ... terkono den! Dr. Amalina dah kasi pecah rahsia hehe. Aku pun ada bagi suplimen jugak kat anak-anak tapi hanya Scott Emulsion tu je la dulu. Itupun masa diaorang umur 5-6 tahun sebab nak elakkan dari jangkitan selsema dan kuatkan imunisasi badan. Sekarang diaorang makan je nasi lauk pauk ibu dia masak. 

Tambah pula selera makan masing-masing dah bertambah, cuma bab sayur-sayuran dan buah-buahan tu sedikit memilih. Tapi kira ok la diaorang makan sikit berbanding dulu huhu.

Dr. Amalina Pernah Dipelawa Jadi Duta Suplimen

Pengakuan Dr. Amalina sendiri di IG storiesnya, memang tak menghairankan lah. Beliau merupakan pelajar SPM paling cemerlang seluruh Malaysia beberapa tahun lalu, masa tu pulak segala macam jenis produk suplimen ni memang dah berlambak di pasaran.

Tapi bukan bayaran yang menjadi ukuran. Apa guna tipu orang dengan testimoni yang tak betul? Sekarang ni pun bukan setakat produk suplimen, produk kecantikan dan kosmetik pun banyak menipu! Tu pun ada lagi orang dok percaya dan beli .... kerana testimoni lah! 

sumber : IG story dramalinabakri


Terima kasih Dr. Amalina atas perkongsian dan peringatan ini.Kita bagi la anak-anak kita makanan yang sihat dan dari sumber organik atau asli. Bukan dalam bentuk pil ke ape ke yang menjanjikan bulan dan bintang. Kalau dah dia pun malas belajar ... bagi air rebusan buku teks tu pun belum tentu dia boleh hafal semua! hehe.

Love,

Hanim

Bila aku dapat hadiah perfume dari suami ....

$
0
0

Assalamualaikum! Jujur, siapalah yang tak suka kalau tok laki bagi hadiah kan hehe. Laki kite bukan tak romantik tapi dia romantik cara dia la. 

Tapi dah kahwin, takkan tak boleh romantik sekali dua kan ... lagi digalakkan ade la. Bukan time bujang je romantik, time anak dah berderet hilang romantiknya.

Baru-baru ni cik abg ada belikan perfume. "Nah .... letak kat opis", dia hulur sebiji lori (haha). Dah apekejadahnya pulak nak suruh kita letak lori kat opis. Kereta hotwheels yang berderet kat bawah pc tu pun tak cukup ruang nak letak dah. Ni nak tambah lori!

Baca punya baca ... laaa perfume kereta rupanya. Tapi boleh je letak kat atas meja. Bukan cik abg tak kabor dari awal, tapi telinga ni tak berapa nak fokus sebab tengok lori comel cute macam ni!




Berapa entah harga dia ...dah lupa hehe.



So walaupun tok laki kita tak bagi hadiah yang kebabom dan mahal, tapi hargailah seadanya hadiah yang dia beri sebab itu tanda ingatan dia untuk isterinya. Thank you cik abgku 😍Makanya, bertambah la koleksi kenderaan di meja kerja ku hehe. Kereta dah ada 5-6 biji, lori sebiji. 

Mentang-mentanglah dia meniaga kereta mainan hotwheels dan seangkatan dengannya. Sampai hadiah pun ada kaitan dengan kereta mainan hehe. Lepas ni dia nak bagi ape pulak ye .... helikopter atau kapal selam kot!

#donematerialistik 😜

Love,

Hanim

Anak-anak mengadu tak suka kawan di sekolah

$
0
0


Assalamualaikum! Malam tadi sebelum tido, aku tanya satu soalan kat Wani dan Mira. Tu memang soalan yang agak kerap juga aku utarakan pada anak-anak setiap minggu sebab nak tau macam mana pergaulan diaorang dengan kawan-kawan di sekolah samada sekolah pagi atau sekolah petang.




Kes Mira

"Awak ada gaduh ngan sesapa ke arini kat sekolah?"

Mira jawab,"aah ...ada. Ada sorang kawan Mira tu B, Mira marah kat dia". 

"Ape dia buat kat Mira?"


"Macam ni ... Mira lupa bawa buku penulisan. Pastu ramai lagi kawan tak bawa. Cikgu rotan tangan. Pastu B sorang je bawa, dia menunjuk-nunjuk kat kitaorang pastu cakap,"haaa korang tak bawa buku. Aku bawaakkkkkkk (sambil tunjuk buku dia). Mira jawab la balik, "alaa aku tau la ko bawak, tak payah la nak cakap macam tu".

So citer dia, Mira bengang la kat kawan tu sebab katanya dia menunjuk-nunjuk. Adeh ... 

"Kenapa Mira lupa bawa buku penulisan?"

"Sebab Mira kan nyanyuk ... ibu selalu cakap Mira nyanyuk kannnn", dia balas. Aduhhhh .... tertusuk tepat! Allahuakbar .... sentap giler aku disitu jugak!

Ibu minta maaf Mira, ibu takda niat nak doakan anak-anak macam tu :(

Kes Wani

Ni citer dia memula kitaorang borak pasal aktiviti TKRS dia. Pastu bila sampai Puteri Islam, dia cakap,"Kawan-kawan kakak ramai yang Puteri Islam. Kakak sorang je TKRS dalam geng kakak ... kecuali P".

"Kenapa P tak masuk geng awak?"

"Sebab kakak tak suka perangai dia ..."

"Ape dia buat?"

"Kakak tak suka la dia tu .... suka cari gaduh ngan kakak. Hari tu dia pijak kakak punya barang seni. Bukan nak minta maaf, bila kakak marah dia marah kakak balik. Lepas tu masa kat kantin time rehat, kakak dah booking nak duduk kat meja ni. Pastu dia datang terus duduk kat situ. Kakak cakap eh kau ni pegi la duduk kat bangku situ (depan dia), aku nak duduk sini. Pastu dia jawab eh sukahati aku la. Eeeeiii geram je kakak tengok dia .... nak bersempit-sempit jugak kat situ".

Hurmm ... dua-dua ada masalah ngan kawan di sekolah. Kedua-duanya berlaku di sekolah pagi. Aku pernah bagitau diaorang, jika timbul masalah dengan kengkawan di sekolah, sila setelkan sesama sendiri. Sebab kita tau budak-budak kalau bergaduh tak lama punya. Esok diaorang dah baik balik. 

Kita sebagai ibubapa perhatikan pergaulan anak-anak, asalkan tidak melampau, tidak membabitkan keganasan fizikal atau buli secara lisan dah la. Jangan bergaduh sampai patah riuk dah la. Kita bagi diaorang try setel sendiri dulu. 

Pernah sekali kakak mengadu 2-3 orang kawan dia jauhkan dan tak layan dia. Kita tak nak menggalakkan anak bergaduh di sekolah sebab itu akan membuatkan dia lagi tak selesa. Nak hilangkan sedih di hatinya aku cakap, "kejap je tu dia gaduh ngan awak. Esok lusa diaorang akan cari awak balik. Percaya lah cakap ibu ni". Dan betul .... masin mulut ibu hehe!

Love,

Hanim

HFMD dah serang sekolah sebelah!

$
0
0

Assalamualaikum! Gempar dalam group wassap ibubapa sekolah pagi tadi pasal wabak HFMD dah menyerang sekolah Assunta. Ada di kalangan murid-murid yang dah terkena, dan ibubapa telah dipanggil untuk bawa balik anak masing-masing.

Dua hari lepas Mira ada mengadu sakit tekak. Kufikirkan tekak dia kering sebab sekarang ni dia dah jarang bawa botol air ke sekolah. Tapi dia kata dia beli air mineral di sekolah. Setakat tengahari tadi, ayahnya tak dengar pulak dia merungut sakit tekak lagi.

Yang kakak pulak setakat ni takda mengadu masalah apa-apa.




Risau juga, sebab HFMD ni cepat merebak dikalangan bayi dan kanak-kanak terutama yang duduk di taska, tadika dan sekolah rendah. Dah tu dia bukan boleh sembuh dengan ubat. Benda main dengan virus ni kena amik masa untuk sembuh.

Tu yang pagi tadi sebelum masuk sekolah, aku pesan pada dua beradik tu. Basuh tangan sebelum dan selepas tangan, mulut tu pun basuh. Jangan dok pegang benda kotor.





Moga anak-anak kita dihindarkan dari wabak HFMD. Dan jika ada yang diserang dengan HFMD, moga cepat sembuh ya. Pastikan anak-anak kita jaga kebersihan ketika di luar rumah. Pesan selalu kat diaorang. Mencegah lebih baik dari merawat.

Love,

Hanim

Althea Turns 3 | Welcome Gift Box Dari Althea Untuk #AltheaAngels!

$
0
0

Assamualaikum! Macam baru semalam kita kenal tapi rupanya dah 3 tahun Althea bersama dengan kita di sini. Saya kenal Althea from the very 1st year, dan berpeluang sambut its 1st dan 2nd Birthday. And this year, Althea turns 3 guys! How time flies so fast!

Selain menjadi platform penting untuk dapatkan produk penjagaan diri dari kepala hingga hujung kaki bagi lelaki dan wanita, Althea juga sangat menghargai pelanggan setianya dengan packagingnya yang sangat cute dan cantik!



What is more thrilled and made me joy is saya telah dilantik sebagai one of the #AltheaAngels community. So lepas ni, saya nak top-up apa-apa produk boleh je deal dengan Althea terus. Even saya pun memang serasi guna facial cleanser dari Althea, so thank you so much and am really appreciate for this recognition. And thats why, I got my pink box ni minggu lepas. 

So what's inside my pink box? Jom check it out!





So many gifts dalam satu box hehe.

Sempena Althea's 3rd Birthday, saya dapat 2 jenis Skin Detoxer (Rose & Green Tea) untuk dicuba sendiri. Nanti saya kasi share apa fungsi dia, yang mana satu best dan wangi dan yang mana paling recommended.

Thanks again Althea for this super duper gorgeous welcome gift box! 


Love,

Hanim

Terbang bercuti dengan Malindo Air

$
0
0


Assalamualaikum! Masa first time dengar nama Malindo Air ni, korang ada tertanya-tanya tak, ni company kapal terbang dari mana? Nama macam Malaysia, eh macam Indonesia pun ada. Konfius sikit kan?


Apa itu Malindo Air?
Malindo Air ni sebenarnya sebuah syarikat penerbangan gabungan Malaysia dan Indonesia. Nama Malindo tu sendiri dari Malaysia dan Indonesia. Syarikat ni dimiliki oleh Lion Air, syarikat tambang murah kat Indonesia tapi office dia semua kat Malaysia.
Flights origin dia pun banyak dari Malaysia. Malindo Air ni merupakan sebuah penerbangan full-service, meaningflights dia semua ada checked in baggage yang free, ada kasi makanan dan minuman and in-flights entertainment, no matter how short the flights are. Kalau yang pernah naik Malindo Air tu mesti perasan kan semua flights dia ada tv kecik tu yang korang boleh tengok movie, tv, layan lagu dan main game.

Malindo Air best ke?
Apa yang bestnya pasal Malindo Air ni? Selain dia merupakan company kapal terbang gabungan dua buah negara serumpun ni, Malindo Air punya flights boleh dikategorikan sebagai penerbangan tambang murah.
Yup, macam Lion Air tu sendiri, yang merupakan penerbangan tambang murah kat Indonesia dan juga Air Asia, Asia’s Lowest Cost flights. Harga dia pun setanding dua companies besar ni.
Yang selalu naik travel naik flights, mesti perasan yang Malindo Air ni actually a lot cheaper than other flight companies. Sebabnya, kalau korang naik Malindo, korang dah dapat complimentary checked in baggage. Kalau domestic flights dapat 15 kg, kalauinternational flights dapat 25 kg.
Tak perlu beli luggage extra yang harga dia kadang-kadang tu sama dengan harga tiket. Malindo Air pun serve free snacks and drinks untuk flights dekat-dekat and full meal kalau flights korang jauh, macam international flights gitu.

free access to entertainment. Eg. movies, songs

Entertainment dia pun free access, tak perlu nak bayar extra or pay per watch gitu. Movies collection dia segala macam jenis cerita ada! Dari local Melayu ada, Chinese ada, Tamil pun ada selain standard Hollywood's movies. Kalau korang tak bawak korang punya earphone sendiri untuk layan entertainment service dia, flights attendants akan bagi pinjam earphones Malindo Air. Kualiti dia boleh tahan untuk layan movie sepanjang flight tu. Nanti before landing,flights attendants akan ambik balik earphones tersebut, jangan tak bagi pulak!
comfortable leg room

Selain tu, yang paling best about Malindo Air ni, mestilah the awesome leg room dia! Ye, walaupun flights tambang murah, leg room dia puas hati! Besar dan selesa sangat. Takde lah rasa macam tersepit je sepanjang flights tu, especially for orang-orang badan yang agak besar nih.
Leg room dia korang boleh main hayun-hayun kaki, even lepas letak bag kat bawah seat tu. Orang yang tinggi or besar, lutut mesti selalu terlanggar meja kecik seat depan kan kalau naik low cost flights ni kan. Tapi kat dalam flight Malindo Air, lutut korang tu masih ada ruang nak bernafas. Seat dorang ni pun boleh recline puas hati punya. Bukan takat beberapa degree je yang macam takde sebarang perubahan tu pun, but recline yang boleh memberikan korang keselesaan lebih sikit untuk tidur tapi takde lah full recline macam seats kat first class.


Naik Malindo Air di KLIA
Malindo Air ni kalau kat Malaysia, dia fly mainly dari KLIA. BUKAN KLIA2, tapi KLIA yang first tu. Flights dia selalunya dari terminal satelit, walaupun kadang-kadang KLIA tukar tu the main terminal but they usually inform masa korang beli tiket, check-in and masa drop bags.
So no need to worry kot-kot korang salah terminal. Boleh jugak check boards dekat KLIA yang tulis gates mana and dah bukak ke belum. Kalau nak, boleh je tanya pegawai-pegawai airport yang banyak kat KLIA tu. Gates flights Malindo ni tak sejauh gates kat KLIA2 and flights dorang ni selalunya on-time, jarang delay.
Oh selain tu, kalau korang naik flights Malindo Air dari KLIA and korang nak naik KLIA Express from KL Sentral tu, korang boleh check-in and drop bags korang dekat KL Sentral je. Tak yah nak tarik beg berat-berat sampai KLIA.
Cara dia, pergi KL Sentral, beli tiket KLIA Ekspress, lepas tu pergi kat kaunter check-in/drop luggage. Semua luggage korang yang nak check-in tu boleh bagi kat officer Malindo Air yang bertugas kat kaunter tu. Dokumen yang diperlukan sama macam kalau korang nak check-in/drop luggage kat airport. Nanti luggage korang tu, dorang hantar terus masuk dalam kapal terbang kat KLIA, so korang boleh jalan rilek-rilek kat airport.

Selagi terdaya menahan, takmo jumpa doktor!

$
0
0

Assalamualaikum! Sekarang pakej selsema dan sakit kepala. Setakat selsema saja, insyaAllah tanpa ubat boleh bertahan lagi. Tapi semalam dia 'naik' kat kepala sampai satu keje pun tak jadi! Akhirnya, aku tumbang juga di pertengahan jalan cerita Andainya Takdir 2 episod 19 hehe akibat telan ubat selsema.

Dia tak boleh terlampau sejuk atau terlampau panas sangat. Kalau melampau ... mula la srettt sretttt hidung ni. Ditambah pulak resdung huhu. Bila selsema dan ada resdung, menjadi-jadi dia punya gatal! Terasa seperti nak gonyoh-gonyoh je hidung, tapi tak berani la huhu. Kang melecet berdarah lagi panjang cerita.



Kalau selsema ringan atau selsema yang masih boleh dikawal, aku akan gunakan M.R.S atau Miracle Scent Refreshing ni. Minyak kelapa dara yang digabungkan dengan minyak mint dan minyak aromaterapi dalam satu botol yang memberikan rasa lega dan segar bila kita sapu pada hidung. Kalau hidung tersumbat atau rasa tak selesa, memang aku sapukan aje M.R.S ni. InsyaAllah lepas tu lega balik, yang tersumbat tadi dah 'clear'.

Kat mana aku beli? Korang boleh wassap kat www.wasap.my/60133850832untuk tanya lebih lanjut. Memang aku guna ni je sekarang.

Bukan takmo pergi klinik, tapi selagi berdaya aku akan elakkan dari makan ubat. Aku lebih suka guna minyak M.R.S bila aku selsema, even anak-anak pun serasi guna tak perlu setiap kali selsema nak makan ubat. Kecuali macam kes semalam, kepala dah 'berat' sangat haaaa ... tu yang terpaksa mengalah tu hehe tapi pergi farmasi je la.


Love,

Hanim

Althea's Real Fresh Detoxer Skin | Rose atau Green Tea?

$
0
0

Assalamualaikum! Bergelumang dengan kerja yang tak pernah habis di pejabat 8 jam sehari, 5 hari seminggu membuatkan diri ini tak cukup rasa kasih sayang huhu. Tapi kasih sayang itu kembali bila saya dapat parcel berwarna merah jambu minggu lepas! The one and only thing I've been waiting for is here!

No one can resist when it comes to Althea right!





Everytime dapat parcel dari Althea, saya tak pernah tak happy. Dari 1st Birthday celebration sehingga masuk tahun yang yang ke-3 which #AltheaTurns3 this year (omg Althea's growing so well and fast!), Althea tak pernah mengecewakan. Selain dari menyambut ulangtahunnya yang ke-3, satu lagi berita yang bikin hati saya berbunga-bunga ialah bila dilantik sebagai salah seorang dari komuniti #AltheaAngels

Kalau korang masuk website my.althea.kr , korang akan rambang biji mata nak memilih produk-produk kat sana. Althea comes from Korea, so basically all the beauty range dia pun banyak yang Made in Korea. Dari skincare, makeups, makeup tools, penjagaan badan dan rambut semua ada dalam website tu. 



Untuk sambutan ulangtahun Althea yang ke-3, semua #AltheaAngels dapat welcome gift box macam kat atas ni, including me! I mean, how can someone not be happy bila dapat gifts yang banyak macam ni kan! It's Althea's big day, yet saya yang dapat semua hadiah ni! Love you Althea!💋💋

Nak tengok my unboxing video >> UNBOXING<<

Macam yang saya janjikan dalam entri sebelum ni, arini saya nak share tentang produk yang saya dapat dari welcome gift box aritu. Ianya merupakan kolaborasi antara Althea x Get It Beauty , dan terhasillah Real Fresh Detoxer Skin.

Bekerja dalam pejabat dan terdedah dengan penghawa dingin yang sejuk memang membuatkan kulit wajah saya kusam, pucat nampak tak bermaya. Lagi la terasa bila kita terlampau sibuk, kulit saya akan menjadi lebih berminyak dari biasa! 

Jadi, saya perlukan satu benda yang boleh manja-manjakan my skin ni walaupun di hari yang paling sibuk! Dah tentulah benda tu kena sesuai dan serasi dengan jenis kulit saya ni. Kalau tak, mana boleh sesuka hati nak tepek kat muka ni ha kan. 

Real Fresh Detoxer Skin ni ada dua jenis; Rose & Green Tea

Detoxer Skin - Rose

Bertindak sebagai 2-in-1 cleanser yang mengandungi bahan utama ekstrak rose terpilih yang memberi kelembapan dalam kulit serta menjadikan kulit wajah berseri.

Cebisan rose dalam cleanser berfungsi untuk memulihkan dan melancarkan peredaran bagi memastikan kulit lembut dan cerah.



Rose


Detoxer Skin Rose ni saya guna pada waktu pagi untuk seimbangkan pH kulit normal dan melindunginya, sebelum saya mengenakan solekan di wajah.

Detoxer Skin - Green Tea

Bertindak sebagai 2-in-1 cleanser yang mengandungi bahan utama ekstrak daun teh terpilih dari Jeju yang melegakan dan membersihkan kulit untuk kulit yang cerah dan lembut.


Green Tea



Detoxer Skin Rose ni pula saya guna pada waktu malam untuk menyingkirkan segala kotoran dari liang roma wajah selain memastikan kulit rasa tenang dan sihat.




Overall, saya suka sangat kedua-duanya Rose dan Green Tea! Wangi bau dia sebab ada ekstrak rose dan green tea yang memberikan haruman semulajadi gitu! Saya dah pakai seminggu lebih dan kulit saya jadi lembut dan lembap even dalam pejabat yang sejuk! 

Terima kasih Althea untuk produk yang best! Anak saya yang sulung pun guna Detoxer Skin ni juga dan memang serasi dengan kulit dia. Korang boleh dapatkan set Detoxer Skin ni di website my.althea.kr

Love,

Hanim
Viewing all 969 articles
Browse latest View live